fbpx

Martinez lega sasaran Belgium layak ke Qatar tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELGIUM mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Estonia 3-1 pada aksi kelayakan awal pagi semalam. – AFP

BRUSSELS – Pasukan No.1 dunia, Belgium mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Estonia 3-1 dalam aksi kelayakan di Stadium King Baudouin awal pagi semalam.

Tiga gol yang dijaringkan menerusi Christian Benteke, Yannick Carrasco dan Thorgan Hazard itu sudah cukup untuk memberi kelegaan kepada pe­ngendali pasukan, Roberto Martinez apabila berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Pemain-pemain Belgium dilihat memberikan segala-galanya pada perlawanan itu memandang­kan hanya kemenangan yang boleh memastikan mereka layak ke Qatar lebih awal.

“Inilah sasaran utama kami, layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Kami sentiasa mahu catat kemenangan dalam setiap perlawanan, jadi ia beri sedikit tekanan kepada pemain untuk melaksana­kan tugas tersebut.

“Bagaimanapun, saya gembira kerana ia menjadi motivasi kepada setiap pemain dan mereka menghadapinya dengan baik. Saya fikir kami berada pada landasan terbaik untuk bawa pasukan ini ke tahap yang lebih baik,” kata Martinez.

Pada masa sama, bekas pe­ngurus Everton itu turut menjelaskan tindakannya mengeluar­kan Eden Hazard pada minit ke-62 adalah kerana beliau percaya pemain Real Madrid itu belum bersedia untuk bermain 90 minit.

“Saya memang suka untuk melihat Hazard bermain kerana dia banyak membantu pergerakan pasukan, namun belum tiba masa untuk dia bermain sepenuh masa. Saya harap dia boleh bermain 90 minit seperti sebelum ini,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI