fbpx

Kes BID lepasi 6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) terus meningkat melepasi angka 6,000 dengan 6,006 kes dilaporkan di seluruh negara.

Menurut data dipaparkan pada laman web CovidNow, ia selepas pertambahan sebanyak 12 kes BID daripada 45 kes kematian yang dilaporkan sehingga semalam.

“Pertambahan 45 kes kematian menjadikan sebanyak 29,676 kes kematian Covid-19 di seluruh negara manakala, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Kedah (8), Selangor (7), Sarawak (4), Perak (4), Terengganu (3), Kelantan (3), Sabah (3), Melaka (2), Kuala Lumpur (2), Johor (1) dan Negeri Sembilan (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 65,417 kes aktif melibatkan 51,030 kes dikuarantin di rumah, 8,067 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,796 kes di hospital, 259 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 265 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,162 kes harian dilaporkan semalam disumbangkan oleh Selangor (1,266 kes), Kelantan (499 kes), Sabah (442 kes), Johor (432 kes), Kedah (366 kes), Pulau Pinang (325 kes), Pahang (313 kes), Sarawak (299 kes), Kuala Lumpur (278 kes), Perak (258 kes), Melaka (216 kes), Terengganu (200 kes), Negeri Sembilan (174 kes), Putrajaya (66 kes), Labuan (17 kes) dan Perlis (11 kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI