fbpx

Hanya berpaut pada penutup tong ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nor Sulaiman (kanan) bersama kru berusia 70 tahun dan anaknya (kiri) selepas diselamatkan daripada hanyut hampir 15 jam di laut berhampiran perairan Bagan Datuk semalam. - Foto IHSAN MARITIM PERAK

LUMUT – Walaupun tubuh kesejukan, namun pautan pada penutup tong ikan tidak dilepaskan selain menahan letih serta rasa mengantuk selama 15 jam terapung di laut.

Pengalaman antara hidup dan mati itu diceritakan Mohd. Nor, 62, yang menjadi tekong bersama anaknya, Norasmawi, 29, dan seorang lagi kru berusia 70 tahun.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki dikatakan karam di perairan Pulau Talang, dekat Pantai Remis, malam kelmarin.

Menurut Mohd Nor, mereka dalam perjalanan balik ke Pantai Remis selepas menangkap ikan apabila mula menyedari air laut sudah memasuki dalam bot sebab kebocoran kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, kejadian berlaku pantas dan hanya sempat mencapai dua penutup tong ikan bagi menyelamatkan diri, sebelum menelefon anak sulungnya meminta bantuan.

Mohd. Nor yang menjadi nelayan sejak berusia 18 tahun bagaimanapun tidak sempat memberitahu lokasi sebenar kedudukannya selepas talian terputus apabila telefon bimbitnya dimasuki air.

“Ketika itu kedudukan kami sebenarnya tidaklah jauh sangat dari daratan tapi disebabkan tiupan angin agak kuat dan ombak membawa kami semakin jauh ke tengah laut.

“Saya berpaut pada satu penutup tong ikan manakala anak dan kru berpaut pada satu lagi penutup dan kami memastikan tidak berjauhan antara satu sama lain.

“Keadaan lautan yang luas dan sentiasa beralun, sukar nak nampak kalau terpisah, tambahan dalam keadaan cuaca agak berkabus masa itu,” ceritanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka kemudian diselamatkan oleh kru bot nelayan pukat tunda yang dalam perjalanan balik ke Hutan Melintang, Bagan Datuk, kira-kira pukul 11 pagi sebelum dihantar pulang ke jeti Pantai Remis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI