fbpx

Dos penggalak tingkat keberkesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima vaksin Sinovac akan meningkatkan keberkesanan daripada 54 peratus kepada 95 peratus.

Dapatan tersebut adalah hasil kajian Kementerian Kesihatan Chile yang menunjukkan, keberkesanannya iaitu 14 hari selepas dos penggalak diberikan kepada penerima.

Berdasarkan maklumat dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter beliau, untuk dos penggalak AstraZeneca kepada penerima Sinovac, keberkesanan vaksin meningkat daripada 54 peratus kepada 94 peratus.

Selain itu, pemberian dos penggalak Sinovac kepada penerima Sinovac pula meningkatkan keberkesanan vaksin daripada 54 peratus kepada 74 peratus.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan dan sebab itu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak yang berbeza daripada dos asal dilaksana di banyak negara.

“Pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya penerima sudah menerima janji temu untuk dos penggalak, Kementerian Kesihatan menggalakkan mereka untuk hadir dan menerima suntikan untuk Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI