PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat buah negeri dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat sehingga pukul 7 malam nanti.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah di Larut, Matang Dan Selama,Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.
“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang.
“Keadaan sama juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat. Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE