fbpx

Suami isteri temui ‘bilik awet mayat’ dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan berusia 98 tahun ini dilengkapi dengan bilik menyeramkan yang digunakan untuk mengawet mayat. - TikTok

TRACY, CALIFORNIA – Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat yang mengubah suai sebuah rumah mayat menjadi kediaman terkejut apabila menemui sebuah bilik rahsia yang digunakan untuk mengawet mayat, lapor akhbar New York Post semalam.

Kaycee dan suaminya, Andrew Olague membeli kediaman berusia 98 tahun itu lebih setahun lalu dan kini sedang berusaha mengeluarkan isi-isi asal kediaman itu yang menyeramkan.

Pasangan itu memuat naik video kediaman mereka di Tracy, California itu menerusi aplikasi TikTok dengan akaun bernama @thisoldmortuary.

Dalam satu daripada video yang dimuat naik, mereka menemui longkang pada lantai yang membawa kepada pembetung yang dilengkapi cangkuk.

Lebih menyeramkan, siling bilik itu mempunyai cangkuk yang digunakan untuk menggantung mayat untuk diawet.

Pengguna TikTok yang menonton siri video menyeramkan itu kemudiannya memberikan pendapat di ruangan komen.

“Saya berharap ia tidak menyebabkan anda melihat aktiviti paranormal,” komen seorang netizen.

“Saya tidak sanggup tinggal di sana, saya akan terlalu takut,” tulis seorang netizen lain.

Pasangan suami isteri tersebut membeli kediaman menyeramkan itu dan hanya mengetahui bahawa bangunan itu merupakan bekas rumah mayat beberapa hari sebelum melengkapkan urusan pembelian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI