fbpx

Seorang lelaki ditahan cuba sogok polis RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD MAT YUSOP (dua dari kanan) menunjukkan hasil rampasan pihak polis susulan penahanan enam orang di Nilai, Seremban di Ibu Pejabat Polis Nilai hari ini. - Foto AFIFI HAFIZ MOHD

SEREMBAN – Cubaan seorang lelaki menyogok anggota polis sebagai dorongan untuk melepaskan lima orang rakan sindiket pelaburan tidak wujud gagal selepas dia turut ditahan awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, lelaki warga tempatan berusia 30an itu ditahan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai di sini selepas cuba menyogok wang tunai berjumlah RM200,000.

Katanya, tujuan lelaki warga tempatan itu menyogok anggota polis supaya tidak mengambil tindakan kepada anggota sindiket yang ditangkap dalam serbuan di sebuah pangsapuri sebelum itu.

“Pihak polis telah merampas wang tunai itu bersama dua buah telefon bimbit bersama lelaki itu,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini hari ini.

Tambahnya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai telah menahan tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 21 dan 24 tahun dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai malam tadi.

“Modus operandi sindiket dengan menyasarkan warganegara Malaysia sebagai mangsa dengan menawarkan skim pelaburan tidak wujud di laman sesawang Facebook.

” Sindiket akan berhubung dengan mangsa hanya melalui aplikasi WhatsApp serta menggunakan pelbagai akaun bank dalam menjalankan aktiviti penipuan itu,” tambahnya.

Jelasnya, turut dirampas dalam serbuan itu 15 buah telefon bimbit, dua buah laptop dan wang tunai RM2, 473.

“Dengan penahanan senua suspek ini pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes berkaitan itu.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang satu tahun atau tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI