fbpx

Selepas Alisha, datuknya pula meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alisha Safiya

SEPANG – Belum habis hilang kesedihan selepas pemergian cucu tersayang dua hari lalu, seorang wanita warga emas terpaksa pula meratapi kematian suaminya hari ini.

Jumaat lalu, Mahani Hamid, 68, bersedih atas kematian cucu perempuannya, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, selepas dirempuh van sekolah dinaiki di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Pagi tadi, dia menerima berita kematian suaminya, Saad Hashim, 70, akibat derita penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu.

Mahani ketika dihubungi berkata, arwah suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi di kediamannya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Beliau berkata, kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh 48 jam adalah sesuatu yang memeritkan.

“Saya akui berat untuk terima pemergian dua insan tersayang serentak. Baru semalam saya ziarah cucu, hari ini suami pula meninggalkan saya,” katanya.

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya buat kali terakhir ketika solat jenazah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI