fbpx

Saya seorang perahsia, hormati pendirian saya – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SALEHA ambil pendekatan kunci mulut tentang masalah rumah tanggannya yang kini sedang menunggu sebutan kesnya di mahkamah.

PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha tetap dengan pendiriannya untuk tidak ‘membuka mulut’ dan berkongsi masalah rumah tangga sehingga bertindak memfailkan perceraian dengan suaminya, Ahmad Lufti Azhar.

Siti Saleha atau mesra disapa Sally juga memohon orang ramai termasuk pihak media supaya menghormati pendiriannya (tidak berkongsi) tentang kes perceraiannya itu.

“Sebelum ini saya sudah memberitahu media (tidak akan berkongsi apa-apa). Saya berharap supaya mereka menghormati pendirian saya dan berikan saya ruang. Saya tidak boleh nak cakap apa-apa.

“Ramai yang tahu termasuk peminat bahawa saya seorang perahsia. Saya memang tidak mahu komen apa-apa tentang kehidupan peribadi saya,” katanya saat ditemu bual sebuah program hiburan malam tadi.

Bagaimanapun, pelakon yang memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Drama TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) itu berkata, dia masih berada dalam keadaan baik walaupun dihimpit dengan isu perceraian.

“Hormati kehidupan peribadi saya. Cuma saya nak semua orang tahu bahawa saya okay. Benar, ini (perceraian) merupakan satu ujian,” katanya.

Disoal tentang sama ada dia masih tinggal sebumbung dengan suami, Siti Saleha enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

Terdahulu, Siti Saleha mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes cerai ke atas suami pada 13 Oktober lalu.

Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo!

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI