fbpx

Sarawak tertinggi kes kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sarawak merekodkan angka kematian Covid-19 tertinggi dengan 22 kes, daripada 55 kes kematian yang dilaporkan di seluruh negara.

Menurut data di laman web CovidNow, pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kes terkini sebanyak 29,631 kes, manakala tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 5,994 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Sabah (5), Kelantan (5), Perak (5), Selangor (5), Terengganu (4), Kedah (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,809 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,601 kes), Johor (549 kes), Sabah (497 kes), Sarawak (399 kes), Kelantan (389 kes), Pahang (356 kes), Kuala Lumpur (347 kes), Pulau Pinang (302 kes), Kedah (304 kes), Perak (265 kes), Terengganu (247 kes), Negeri Sembilan (237 kes), Melaka (198 kes), Putrajaya (75 kes), Perlis (26 kes) dan Labuan (12 kes). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI