fbpx

Rumah ‘sekangkang kera’ berharga RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman kecil ini hanya dilengkapi sebuah bilik tidur dan sebuah bilik mandi. - Google

LONDON – Sebuah kediaman sempit dengan keluasan menyamai sebuah garaj di Britain diiklankan untuk dijual pada harga £395,000 (RM 2.2 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Rumah kecil dilengkapi satu bilik tidur, satu bilik resepsi dan satu bilik mandi itu dilabel sebagai ‘hartanah unik’.

Terletak di Stewart Grove,  Chelsea, kediaman sekangkang kera  seluas 22.6 meter persegi itu dicat dengan rona pelangi.

“Sebuah kediaman jenis studio pegangan bebas yang terletak di tengah bandar Chelsea. 

“Kediaman di lokasi ideal ini berpotensi menjadi rumah yang hebat di London atau dijadikan sebagai pelaburan hartanah,” demikian kenyataan yang ditulis pada iklan  rumah tersebut.

Iklan  itu bagaimanapun mengingatkan bakal pembeli bahawa kediaman itu ‘memerlukan pengubahsuaian’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI