PETALING JAYA – Foto milik aktres jelita Uqasha Senrose sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila ada yang mendakwa dia menyunting bahagian lehernya supaya kelihatan lebih panjang daripada biasa.
Foto tersebut dimuat naik dalam satu hantaran Instagramm itu memaparkan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ketika dia hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 malam tadi.
Perkara tersebut mengundang perhatian ramai sehingga ada yang mempersoalkan saiz lehernya yang didakwa kelihatan pelik oleh segelintir netizen.
“Kenapa macam pelik leher? Panjang sangat,” soal seorang netizen dalam ruangan komen.
“Sunting bahagian leher?” tanya sorang lagi pengikut Instagramnya.
Enggan membiarkan netizen terus berspekulasi, pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, itu menegaskan dia tidak mengubah atau menyuntik bentuk lehernya.
“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?
“Isu leher panjang pula. Tak tahu pula leher boleh disunting menjadi panjang,” jawab tunang kepada aktor Kamal Adli itu.
Selain isu leher, rata-rata netizen turut memuji kecantikannya yang dikatakan persis jenama patung popular iaitu Barbie.
Sebelum ini, Kosmo! pada 13 Julai lalu pernah melaporkan Uqasha menjadi bahan buah mulut netizen susulan fotonya yang didakwa disunting pada bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’. – K! ONLINE