fbpx

[VIDEO] Penduduk dakwa jumpa ketul batu mengandungi emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sedang mencari batu-batuan yang dipercayai mengandungi emas di Bukit Lata, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Penduduk di sekitar Kampung Bukit Lata di sini semalam digemparkan dengan penemuan ketulan batu-batu yang didakwa mengandungi emas.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 37, berkata, batu-batu itu dijumpai oleh penduduk di kawasan tapak pembinaan projek tebatan banjir yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan ketika ini.

Ketulan batu didakwa mengandungi emas yang dijumpai oleh penduduk di Bukit Lata, Rantau Panjang semalam.

“Selepas penemuan batu itu diketahui ramai, saya telah bergegas ke lokasi untuk melihatnya sendiri. Memang betul ketulan batu yang ditemui itu mempunyai warna kuning seakan-akan emas.

“Cuma, saya tidak dapat pastikan sama ada ia betul atau sebaliknya. Gerak hati saya mengatakan ia adalah emas cuma bahan mineral itu masih lagi muda,” katanya.

Mat yang merupakan penduduk asal di kampung itu memberitahu, dakwaan tersebut ada asasnya kerana Bukit Lata memang kaya dengan sumber mineral semula jadi.

Katanya, antara mineral yang terdapat di kawasan itu adalah bijih besi dan pernah eksport ke Jepun.

“Bagaimanapun, bijih besi itu terpaksa dihantar pulang semula kerana ia masih muda.

“Selepas video penduduk kampung mendakwa batu itu mengandungi emas tular di Facebook, kawasan tersebut telah ditutup sepenuhnya oleh pihak pengurusan tapak projek,” ujarnya.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan respon daripada pihak berkuasa tempatan mengenai dakwaan penemuan emas di kawasan itu masih gagal.

Terdahulu, sebuah video berurasi 23 saat tular di media sosial yang memaparkan ramai penduduk setempat berkunjung ke kawasan pembinaan tebatan banjir di Kampung Bukit Lata di sini untuk mencari emas.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai penemuan emas di kawasan itu masih belum dapat dibuktikan dan penduduk pergi ke kawasan itu hanya untuk mencuba nasib mencari bahan mineral berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI