fbpx

Nynaa tak macam kena culik pun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMELUT rumah tangga Nyna Harizal dan suaminya kini semakin meruncing.

MINGGU lalu, entah mengapa kisah kemelut rumah tangga yang membabitkan Nynaa Harizal, suami dan bapanya meletus dalam media sosial.

Dengarnya, kekecohan tersebut turut melibatkan senjata api yang dibawa oleh bapanya ke set penggambaran.

Kedengaran agak bahaya sehingga ada yang membayangkan Nynaa diculik bapanya di sebuah lokasi tetapi sangkaan tersebut meleset sama sekali.

Hal ini kerana pelakon itu baru-baru ini dilihat aktif meluangkan masa beriadah bersama beberapa ahli keluarganya.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuka gelanggang perdebatan dalam kalangan netizen yang membuat andaian kemelut rumah tangganya hanyalah drama rekaan semata-mata.

Malah, ruangan komen hantaran Instagram dimuat naik Nynaa dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan kesahihan dakwaan culik yang kecoh baru-baru ini.

“Tak nampak macam kena culik pun, kelihatan gembira sahaja,” soal seorang netizen.

“Nampak gembira sahaja. Adakah cerita kontroversi mereka rekaan semata-mata?” soal seorang lagi pengguna Instagram.

Pening juga dengan kisah pelakon itu. Sebelum ini dikatakan diculik tetapi kehidupan nampak normal. Pening pula fikir.

Apa pun semoga kehidupannya berjalan lebih baik dan harap semua masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara profesional tetapi suami Nynna juga dah failkan nusyuz, aduhai.

DIVA: Tak sabar nak menonton persembahan Saiful Apek bersama Yasin dalam Gegar Vaganza nanti. Tak boleh bayangkan mereka melantunkan lagu bergenre balada atau hip- hop.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI