Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD
PERJALANAN Selangor memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 34 seakan sukar selepas tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Keputusan itu juga menyaksikan Red Giants memilih jalan sukar dan untuk layak dan Selangor memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol pada aksi timbal balik, Khamis ini.
Kuala Lumpur City memulakan aksi dengan aksi agresif memberi memberikan tekanan bertali arus kepada pertahanan Selangor dan minit ke-14, Romel Morales memecah kebuntuan selepas tonggak import itu menyambut baik hantaran lintang Zhafri Yahya dari arah kiri gawang Selangor.
Sekali pun pertahanan Kuala Lumpur City berdisiplin ketika bertahan, Red Giants masih mampu mengatur beberapa gerakan dan peluang terbaik hadir pada minit terakhir babak pertama, sebaliknya percubaan Shahrel Fikri Md Fauzi sedikit melewati pintu gol Kuala Lumpur.
Bersambung babak kedua, skrip berbeza dipamerkan Selangor yang berjaya memaksa pemain Kuala Lumpur City lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.
Ketika Kuala Lumpur City lebih tertumpu kepada serangan balas, minit ke-62, Shahrel Fikri sekali lagi kecewa, kali ini rembatannya menuju tepat ke dakapan penjaga gol lawan, Kevin Ray Mendoza.
Keghairahan Selangor mengatur asakan mengundang padah apabila minit ke-81, pemain gantian, Hadin Azman meledak gol kedua buat Kuala Lumpur City.-K! ONLINE