CEF selebriti yang juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini ada berkongsi sebuah video menunjukkan sikap manja anak-anaknya, termasuk ketika dia sedang mendirikan solat.
Dalam video tersebut, kelihatan dua orang anaknya dilihat bergurau dengan berbaring di hadapan Fazley yang ketika itu sedang menunaikan solat.
Kata peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu, apa yang dilakukan oleh anak-anaknya adalah cara mereka bermanja dengannya.
Walaupun ketika solat sekali pun, Fazley berkata, dia tidak kisah mereka berbuat begitu.
Sebab sekurang-kurangnya mereka dapat melihat dia solat dan diharap dapat menjadi ikutan.
Tapi pada pandangan mata Diva, rasa macam kurang sesuai pula jika dibiarkan sahaja anak-anak melakukan perbuatan sebegitu.
Nama pun sedang solat. Sedikit sebanyak boleh mengganggu seseorang untuk khusyuk (fokus) ketika beribadah.
Anak-anak Fazley sudah besar panjang dan wajar perbuatan mereka ditegur. Lainlah kalau yang nak bermanja itu kanak-kanak yang baru nak merangkak.
Macam tak kena di mata Diva melihat cara anak-anaknya ingin bermanja pada waktu yang tidak tepat. Mungkin lain orang, lain pendapat. Apa kata anda?
DIVA: Tak sabar nak tonton persembahan Adibah Noor dalam Gegar Vaganza musim kelapan akan akan bermula 21 November nanti.