WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat membuat kenyataan mengejutkan apabila mengaku dia bercinta dengan seekor ikan lumba-lumba, lapor laman berita Lad Bible kelmarin.
Malcolm Brenner, 63, berkata, perkara itu berlaku ketika dia bertugas sebagai seorang jurugambar di Sarasota, Florida pada tahun 1971.
Dalam satu dokumentari bertajuk Dolphin Lover, Brenner menceritakan detik-detik dia bertemu dengan seekor ikan lumba-lumba bernama Dolly.
Dia sangat tertarik pada Dolly dan bercinta dengan ikan tersebut selama enam bulan.
Jelas Benner, Dolly juga tertarik kepadanya. Ikan itu akan mendekati dan menggosok tubuhnya pada Brenner.
Brenner menyifatkan percintaan tersebut amat berbeza dengan jatuh cinta pada seorang wanita.
Hubungan mereka terputus apabila Dolly dipindahkan ke sebuah lokasi lain dan mati sembilan bulan kemudian. – Agensi