fbpx

Lebih 400,000 murid duduki Penilaian KAFA ganti UPKK mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dianggarkan lebih 400,000 murid tahun 5 dan 6 di seluruh negara bakal menduduki Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) secara berperingkat mulai esok.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda susulan penundaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk murid tahun lima yang sepatutnya dibuat tahun lepas tetapi dibawa kepada tahun ini.

Ia kemudian menggantikan peperiksaan bertulis bagi lapan subjek terlibat itu kepada Modul Penilaian KAFA (MPKAFA) dengan tempoh dipanjangkan berbanding empat hari sebelum ini.

Langkah itu selaras dengan pengumuman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 15 Oktober lalu yang memaklumkan penilaian dilaksanakan dari Isnin ini sehingga 30 November.

Ini juga mengambil kira nasihat Majlis Keselamatan dan Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang melibatkan murid dan petugas ujian tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati, sejumlah 5,943 buah sekolah terbabit yang bertindak sebagai pusat peperiksaan telah menghantar makluman mengenai tarikh dan masa ujian itu.

Murid yang terpilih diminta hanya perlu datang 15 minit sebelum waktu ujian untuk diperiksa suhu tubuh badan dan seterusnya diberi slip kebenaran peperiksaan daripada guru bertugas.

Mereka kemudian bakal ditempatkan di kelas tertentu yang dijadikan bilik menunggu sebelum dipanggil masuk ke kelas lain sebagai bilik penilaian khusus dalam kumpulan bilangan kecil. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI