fbpx

Gambar Zizan, Emma Maembong cetus komen lucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZAN dan Emma dipuji ramai kerana masih menjalin hubungan yang baik sebagai rakan.

HUBUNGAN istimewa yang pernah terjalin antara Zizan Razak dan Emma Maembong suatu ketika dulu bukan lagi rahsia. Semua orang tahu mereka pernah bergelar kekasih.

Tapi itu semua kisah lama. Sekarang kedua-dua mereka sudah melalui fasa kehidupan baharu.

Emma bahagia di sisi suami dan anak, manakala Zizan terus melakar kejayaan sebagai anak seni.

Cuma baru-baru ini, foto Zizan yang dimuat naik dalam Instagramnya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Mana tidaknya, ramai terkejut melihat Emma dan suami dalam sekeping foto bersama Zizan sempena pembukaan restorannya baru-baru ini.

Walaupun pelakon Ummi Nazeera dan suami turut kelihatan, namun netizen semestinya lebih tertarik dengan kehadiran Emma di situ.

“Tengok siapa datang restoran saya. Terima kasih kepada semua yang datang beri sokongan, nanti datang lagi bawa anak cucu semua,” tulis Zizan mengundang tawa ramai.

Satu hal yang bagus, netizen tidak mengecam, namun menitipkan doa agar pelakon filem Hantu Bonceng itu dipertemukan jodoh dengan seorang wanita kelak.

“Nampaknya netizen yang tak boleh ‘move on’, bukannya Zizan,” komen seorang pengguna Instagram.

“Agak pedih tetapi tidak mengapa,” gurau seorang netizen.

Tahap profesionalisme antara Zizan dan Emma harus dipuji kerana mereka tidak bermusuh dan terus berkawan.

DIVA: Ramai berpendapat jalan cerita filem adiwira The Eternal sangat perlahan dan membosankan, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI