fbpx

Gadis tular tak hanyut dunia glamor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN belajar, Sarah juga bergelar model secara separuh masa.

BEAUTY with brain. Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan mengenai gadis yang menjadi pilihan untuk ruangan Pesona Ahad pada minggu ini.

Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, Sarah Hannah Bano Nsar Ahmad yang berusia 18 tahun turut cemerlang dalam pelajaran.

Gadis yang mesra disapa Sarah ini kini menduduki Program Pemindahan Ijazah Amerika di sebuah institut pengajian tinggi swasta selepas mempe­roleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Sarah yang berketurunan Punjabi pernah meraih perhatian ramai apabila video dia bersama keluarganya menyemak keputusan SPM menjadi tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, gadis ini berpendapat populariti yang dikecapi sehingga pengikut di Instagram mencecah lima angka akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif. Ikuti temu bual lanjut Sarah bersama Kosmo! Ahad:

Kosmo! Ahad: Boleh cerita mengenai latar belakang Sarah?
Sarah: Saya merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan sedang mengikuti Program Pemindahan Ijazah Amerika selama satu tahun di negara ini sebelum melanjutkan pelajaran di negara tersebut selama empat tahun.

Bidang yang menjadi pilihan Sarah?
Saya merupakan penuntut ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran dan perdaga­ngan. Saya memilih bidang itu kerana minat selain ahli keluarga juga ramai yang mempelajari bidang berkenaan jadi saya terins­pirasi daripada mereka.

 

SARAH

Apa perancangan Sarah selepas tamat pengajian?
Buat masa ini belum ada lagi perancangan untuk belajar ke tahap lebih tinggi. Mungkin saya akan bekerja dengan syarikat yang menjadi penaja biasiswa untuk tempoh lima tahun dan selepas itu menceburi bidang perniagaan kerana ia merupakan impian saya.

Sarah turut menjadi mo­del untuk beberapa jenama. Adakah merancang untuk serius dalam bidang tersebut?
Sebenar­nya saya telah menceburi bidang komersial termasuk menjadi pelakon iklan sejak berusia lima tahun lagi. Saya seronok terlibat dalam kerja-kerja di hadapan kamera, namun tidak secara sepenuh masa.

Bagaimana Sarah menggunakan pengaruh di media sosial?
Selepas video tular di media sosial, pengikut di Instagram juga bertambah dan kebanyakan mereka adalah generasi muda. Jadi saya harus menonjolkan kelakuan yang baik supaya dapat menjadi contoh. Saya juga sudah mula mencipta akaun YouTube untuk dijadikan platform berkongsi mengenai tips SPM dan aktiviti harian. Idea ini tercetus apabila ada pengikut yang mencadang­kan dan memaklumkan mereka juga mahu mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM seperti saya.

Sebagai pempengaruh, apa yang harus dilakukan agar populariti yang diraih tidak sia-sia?
Sekarang memang mudah nak naikkan nama, mungkin juga satu kejutan. Jadi, jangan salah guna populariti tersebut. Yang penting sentiasa muhasabah diri dan beringat bahawa apa yang dikongsi di media sosial ditonton dan dinilai oleh pengikut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI