fbpx

Elak berada di titik buta kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Antara faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah titik buta (jarak 10 kaki dari kenderaan) yang tidak dapat dilihat oleh pemandu itu sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Public Health Malaysia menyatakan tentang jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang.

“Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas atau van,” tulisnya di Facebook semalam.

Tambahnya, ibu bapa perlu memainkan perananan untuk mengingatkan tentang jarak yang perlu diketahui dengan kenderaan bagi mengelakkan sebarang tragedi menyayat hati.

“Ingatkan kepada anak-anak untuk elak dari mengutip barang yang terjatuh, apabila mereka tunduk mengutip barang, pemandu tidak akan nampak langsung.

“Peranan pemandu juga penting, ingat, ada puluhan nyawa anak-anak kecil di bawah tanggungjawab anda,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI