PETALING JAYA – Aliran trafik dari Terowong Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak dilaporkan mengalami kesesakan teruk ketika ini.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui Facebooknya sebentar tadi melaporkan aliran trafik mula sesak sejak pukul 6:47 petang.
“Aliran trafik juga perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi,” jelas LLM. – K! ONLINE