fbpx

48 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM265,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 48 pengunjung yang dikenakan kompaun bernilai RM5,000 dalam serbuan oleh pihak polis malam tadi. Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 48 individu dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan mencecah RM265,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis pusat hiburan di ibu negara malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan itu dilakukan oleh 14 pegawai dan anggota polis dari JPJKK Kuala Lumpur hasil maklumat serta risikan yang dilakukan.

“Hasil serbuan yang dilakukan mendapati premis pusat hiburan tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan pusat hiburan.

“Kompaun bernilai RM25,000 telah dikeluarkan kepada pemilik premis dan seramai 48 pengunjung turut dikompaun RM5,000 setiap seorang yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM265,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, saringan air kencing turut dijalankan ke atas 49 individu dan daripada jumlah itu seramai 13 didapati positif di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi seperti ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi membendung penularan Wabak Covid-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur khususnya dan membantu usaha kerajaan dalam menghentikan penularan Wabak Covid-19 di negara kita,” ujar beliau. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI