fbpx

2 bilion barang terjual dalam tempoh 24 jam sempena 11.11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBELI menikmati pelbagai manfaat termasuk harga murah pada Festival 11.11 Jualan Hebat di Shoppe. –GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Lebih dua bi­lion barangan dijual dalam masa 24 jam sempena Festival 11.11 Jualan Hebat di platform e-dagang, Shopee sekali gus meme­cahkan rekod yang pernah dicapai pada tahun 2020.

Ketua Pegawai Operasi Sho­pee, Terence Pang berkata, bara­ngan kesihatan dan penjagaan diri merupakan antara produk paling popular yang dibeli secara dalam talian pada festival yang berlangsung pada Khamis lalu.

“Pelitup muka menjadi salah satu produk paling popular dibeli dan mencatat jualan lebih 13 juta keping manakala kit ujian Co­vid-19 pula dijual hampir 30,000 unit pada tarikh berkenaan.

“Festival 11.11 Jualan Hebat ini disifatkan yang paling berjaya apabila ramai menikmati tawaran eksklusif, penjimatan lebih besar dan pelbagai manfaat lain,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Terence, pihaknya berbesar hati dengan penyertaan daripada pembeli, peniaga dan komuniti tempatan dalam festival tahunan terbesar tersebut.

“Festival ini menggalakkan lebih ramai orang mengakses dan menikmati manfaat membeli-belah secara online terutamanya di luar bandar.

“Pembeli dari luar bandar dan bandar kecil menyaksikan peningkatan lima kali ganda berbanding hari biasa.

“Bagi perniagaan pula, ia me­rupakan batu loncatan, sekali gus mendorong pertumbuhan dan pemulihan ekonomi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI