fbpx

UFO menyerupai ikan dipercayai kapal angkasa makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UFO menyerupai seekor ikan itu dikesan di kepulauan Florida Keys. - UFOsightingsdaily.com

FLORIDA KEYS, FLORIDA – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menyerupai seekor ikan dikesan di langit kepulauan Florida Keys, Amerika Syarikat serta mengelirukan pemburu makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kumpulan tersebut yakin bahawa objek yang digelar ‘flying fish’ itu merupakan sebuah kapal angkasa milik makhluk asing.

Seorang pakar makhluk asing dari laman UFOsightingsdaily.com, Scott Waring memuat naik imej ‘ikan terbang’ tersebut dan mendakwa ia merupakan saiz sebuah bas di kawasan bandar.

“Satu perkara yang saya sedari daripada kajian sejak beberapa puluh tahun lalu adalah, banyak struktur makhluk asing di bulan dan planet malah UFO kadangkala menyerupai makhluk dari alam semula jadi.

“Namun, UFO ini merupakan yang pertama seumpamanya yang saya lihat dalam tempoh lebih 30 tahun,” katanya.

Waring berkata, objek yang dikesan itu mempunyai dua mata gelap dan sirip di bahagian atas dan bawah badannya, serta satu sirip nipis dan kecil di bahagian belakang.

“Ia sudah tentu datang dari pangkalan dasar laut di kawasan itu,” katanya.

Walaupun ‘kelibat makhluk asing’ sering dilaporkan di Florida, sehingga kini, tiada bukti kukuh ditemui yang mengesahkan bahawa dakwaan kapal angkasa yang dilihat adalah benar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI