fbpx

Tiga kluster baharu dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiga lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah keseluruhan kluster masih aktif sebanyak 278 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,809 kes jangkitan baharu dilaporkan termasuk 27 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,541,147 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 102 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 5,707 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 4,712 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,446,197 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 527 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 277 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI