fbpx

Suami buta cari penjaga isteri sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWAI LEE (tengah) dan isterinya yang terlantar sakit menerima kunjungan Ketua Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak, Low Guo Nan di Taman Hiburan, UIu Kinta dekat Ipoh baru-baru ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Walaupun cacat penglihatan, namun kehidupan harian Chan Kwai Kee, 68, selama ini sentiasa terjaga kerana semua­nya diuruskan oleh isterinya yang umpama mata bagi lelaki itu.

Bagaimanapun, kini semua­nya kelam apabila isterinya itu, Poon Kam Lin, 64, pula terlantar sakit menyebabkan dia terpaksa menguruskan dirinya sendiri.

Tahap kesihatan Kam Lin yang menghidap pe­nyakit ken­cing manis, kolesterol tinggi dan darah tinggi sejak belasan tahun lalu kini amat merosot.

Lebih mendukacitakan Kwai Lee apabila dia sendiri tidak mampu untuk menjaga isterinya disebabkan masalah penglihatan yang dialami sejak lahir.

Menurut Kwai Lee, sepanjang 20 tahun berkahwin, dia dijaga dengan baik oleh isterinya yang mengambil berat semua perkara.

Pasangan itu tidak mempu­nyai cahaya mata.

“Baru-baru ini, isteri saya secara tiba-tiba jatuh sakit akibat pelbagai penyakit yang dihida­pinya sebelum ini.

“Saya sedih dan kecewa kerana tidak mampu menjaganya. Mata kanan saya pun sudah rosak dan hanya nampak bayang-bayang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Hiburan, Ulu Kinta dekat sini baru-baru ini.

Menceritakan keadaan iste­rinya itu, Kwai Kee berkata, tahap kesihatan isterinya semakin berkurangan apabila dia mula lupa banyak perkara termasuk nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM).

“Sebelum ini, ingatan isteri saya sa­ngat kuat.

“Tetapi sekarang, saya terpaksa meminta bantuan mana-mana pihak seperti rumah kebajikan atau orang tua-tua sebab saya tidak mampu menjaga isteri yang sakit,” kata Kwai Kee.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin membantu pasangan warga emas tersebut boleh menghubungi Pusat Perkhid­matan dan Biro Penga­duan MCA Perak yang mewakili keluarga itu menerusi talian 012-532 1128. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI