fbpx

Shahrol Shiro turun Melaka berkempen untuk Dira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIRO bersama-sama dengan Dira Abu Zahar yang akan bertanding dalam PRN Melaka 20 November ini.

PETALING JAYA – Pelawak dan juga pelakon yang kini aktif dalam politik, Shahrol Shiro dilihat sempat meluangkan masa bersama sahabatnya, Datuk Dira Abu Zahar yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ujar Shahrol, dia yang kini berada di Melaka sempat mengambil peluang untuk bertemu calon Barisan Nasional bagi kawasan N.25 DUN Rim untuk berkempen.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi dalam Instagram miliknya.

“Setibanya di Melaka terus berjumpa calon N35 DUN Rim, Datuk Dira Abu Zahar. Perangai gila-gilanya tak pernah berubah tetapi senang didekati.

“Kesimpulannya dia bukan sahaja cantik tapi bijak. Semoga sukses Dira di sana, sentiasa ingat nawaitu (niat) yang selalu awak sebut untuk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera,” tulisnya.

Ujarnya lagi, banyak perkara yang disembangkan bersama pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu terutamanya soal pembangunan untuk manfaat masyarakat di sana (Melaka) terutama di daerah tempat dia membesar iaitu di Jasin.

Dalam pada itu, Shahrol sempat mengajak penduduk kawasan DUN terlibat untuk memilih Dira sebagai wakil rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negeri Melaka.

Terdahulu, Dira menerusi sebuah hantaran di Instagram mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat di Rim, Jasin kerana ingin mengikuti jejak langkah Allahyarham bapanya, Datuk Seri Abu Zahar.

Ujar Dira, Rim, Jasin sangat dekat di hati kerana di sanalah dia membesar dan merupakan kampung halamannya sejak kecil lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI