fbpx

Senario, Bandi Amuk antara kejutan GV8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GEGAR Vaganza musim kelapan akan mula bersiaran Ahad depan.

JIKA sudah namanya Gegar Vaganza (GV8), tidak lengkap sekiranya tiada kejutan.

Belum pun bersiaran, GV8 sudah berjaya membuatkan peminat setia rancangan tersebut tidak senang duduk.

Semuanya kerana beberapa nama yang tidak disangka-sangka tiba-tiba muncul menjadi peserta, antaranya Senario, Upiak Isil dan Bandi Amuk.

“Memang meriahlah GV tahun ini sebab ada Senario. Kumpulan kesayangan ramai!” kata seorang netizen.

“Tengah nak bayangkan Senario menyanyikan lagu balada, macam mana bunyinya nanti,” seloroh seorang lagi pengguna Facebook.

Program GV8 yang bakal bersiaran menjelang 21 November nanti turut membariskan 13 penyanyi termasuk Adibah Noor, Aliff Aziz, Nikki Palikat dan Datuk Fazley Yaakob.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI