fbpx

Rampas lebih 15 tan susu kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susu kambing yang dirampas Maqis Selangor

KLANG – Cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk lebih 15 tan susu kambing bernilai RM752,302.64 tanpa permit import yang sah gagal selepas dirampas di pintu masuk Pelabuhan Barat di sini, kelmarin.

Kontena itu ditahan pukul 10.30 pagi.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, kejayaan itu merupakan hasil rutin pemeriksaan pihaknya terhadap kontena termasuk dari New Zealand tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan kesemua barang dagangan seberat 15,057.4 kilogram (kg) tidak mempunyai permit import sah dikeluarkan Maqis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Maqis Selangor menegaskan, tindakan penguatkuasaaan akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

“Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI