fbpx

Polis siasat dakwaan laman Twitter Nuratikahrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dakwaan laman Twitter tersebut berkenaan seorang anggota polis meminta wang daripada rakannya warga Palestin.

GOMBAK – Polis telah merakam keterangan beberapa orang anggota yang bertugas semasa sekatan jalan raya (SJR) susulan dakwaan pemilik laman Twitter Nuratikahrose berhubung perbuatan seorang anggota bertugas meminta wang daripada warganegara Palestin

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pada 10 November lalu, polis daerah ini telah terkesan dengan satu akaun Twitter tular yang berkongsi tentang salah laku anggota polis.

“Pemilik akaun bernama Nuratikahrose telah memuat naik beberapa rakaman suara rakannya yang dipercayai seorang warganegara Palestin semasa ditahan oleh polis di satu SJR di kawasan Batu 7, Jalan Gombak Lama.

“Mangsa didakwa telah ditahan oleh anggota polis di SJR tersebut dan semasa pemeriksaan dibuat, dikatakan salah seorang anggota yang bertugas telah meminta wang atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terlibat dalam rakaman suara yang telah tular dalam laman tersebut.

Katanya, pihaknya juga dalam usaha mengesan pemilik akaun yang menggunakan nama Nuratikahrose dan mangsa yang dipercayai seorang warganegara Palestin bagi membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sulaiman ditalian 03-61262222/ 016-7185750. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI