fbpx

Paris Hilton akhirnya berkahwin, miliki suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARIS HILTON kini bergelar isteri kepada Carter Reu.

LOS ANGELES – Selebriti yang juga sosialit terkenal dunia, Paris Hilton akhirnya bergelar isteri pada usia 40 tahun selepas berkahwin dengan kekasihnya, Carter Reum dalam satu majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November lalu.

Selepas bergelar isteri, Hilton mengakui berasa sangat bahagia dan berasakan dirinya seperti seorang puteri dalam cerita dongeng.

“Saya akhirnya menjadi seorang isteri dan mempunyai ‘putera’ dan dicium seorang ‘putera’ yang sangat disayangi. Inilah kebahagiaan yang saya impikan sejak kecil lagi,” katanya

Pada hari bahagianya itu, Hilton memilih untuk menggayakan gaun pengantin serba putih dengan hiasan renda klasik sentuhan pereka fesyen terkenal, Oscar de La Renta dan disolek oleh jurusolek Steven Tabimba serta Eduardo Ponce.

Malam sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka, Hilton sempat merakam sebuah video mempamerkan kegembiraan dan kebahagiaan bersama Reum.

Ujar usahawan dan juga penulis berusia 40 tahun itu, dia turut merasakan bahawa dirinya seolah-olah berada dalam cerita dongeng ketika berkahwin dengan Hilton.

“Perkahwinan saya ibarat cerita dongeng apabila memperisterikannya (Hilton),” ujar Reum.

Ujar Hilton, dia sangat mencintai suaminya dan menganggap lelaki itu sebagai seorang yang romantik dan bersikap budiman.

“Dia (suami) seorang yang romantik, baik budi, kacak, penyayang, bijak dan sangat sempurna di mata saya.

“Saya sangat percaya perkahwinan ini telah ditentukan dan berharap akan kekal ke akhir hayat bersamanya,” kata Hilton.

Sekadar info, Hilton dan Reum telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. Namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sejak 2019 sebelum mengikat tali pertunangan sejak Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI