fbpx

Martin tempah petak utama di Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin.

VALENCIA – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin sambar petak utama menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia malam esok.

Pada sesi kelayakan sebentar tadi, pelumba kelahiran Sepanyol itu melakukan catatan masa terbaik satu minit 29.936 saat sekali gus menempah petak hadapan keempatnya musim ini.

Pada sesi tersebut, Martin bermula agak perlahan namun memperbaiki tunggangan terbaik pada minit terakhir dan merampas kedudukan pertama selepas dua pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dan Jack Miller terjatuh.

Bagaimanapun, Bagnaia mengakhiri sesi kelayakan di kedudukan kedua manakala Miller tempat ketiga.

“Saya tahu saya mampu melakukannya. Yang pasti sebelum kelayakan saya yakin, sasarannya adalah untuk berada di barisan hadapan kerana pada perlumbaan sebenar di Valencia sukar untuk memintas pelumba di depan.

“Saya sangat gembira dengan persembahan saya dan tunggangan saya tidaklah teruk. Pada perlumbaan sebenar nanti, saya harap boleh naik ke podium,” katanya.

Pelumba Suzuki, Joan Mir tampil positif apabila berjaya meletakkan GSX-RR tempat keempat terpantas manakala juara dunia 2021, Fabio Quartararo (Yamaha) sekadar mencatat masa kelapan terpantas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI