fbpx

Kongsi rezeki jual nasi ayam RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINUN menunjukkan menu nasi ayam berharga RM2 yang dijual di kedainya di Kampung Menerung, Ajil, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Niat mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai mendorong sepasang suami isteri menjual nasi ayam pada harga RM2 di kedai makan mereka di Kampung Me­nerong, Ajil di sini sejak dua tahun lalu.

Zainun Ibrahim, 37, berkata, dia dan suaminya, Mohd. Badrullizam A. Wahab, 37, nekad untuk mengekalkan harga tersebut ­biarpun berdepan cabaran kenaikan harga bahan mentah terutama ayam.

“Majoriti pelanggan kami terdiri daripada penduduk kampung yang bekerja sebagai petani dan pekebun.

“Jadi kami ambil inisiatif menjual makanan dengan harga se­rendah RM2 bagi meringankan beban mereka terutama semasa musim pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kedai makannya semalam.

Zainun memberitahu, setiap hari, dia dan suaminya menyediakan kira-kira 100 bungkus nasi ayam dan biasanya akan habis dalam tempoh sejam. Premis itu dibuka pada pukul 11 pagi setiap hari kecuali Jumaat.

Jelas wanita itu, kekangan masa kerana perlu memasak pelbagai juadah lain menyebabkan mereka hanya mampu menye­diakan kira-kira 100 bungkus nasi ayam setiap hari.

“Selain nasi ayam, kami turut menjual sup kaki ayam, nasi air, bihun sup, mi celup dan colek kaki ayam yang juga berharga RM2 setiap satu.

“Kami berasa gembira dan puas hati setiap kali ia habis terjual biarpun untungnya kecil,” katanya.

Tambah Zainun, dia dan suaminya tidak berhasrat untuk menaikkan harga makanan terma­suk nasi ayam dalam masa terdekat kerana percaya dengan konsep rezeki akan bertambah jika dikongsi dengan orang lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI