fbpx

Kebajikan semua kaum dijaga – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa komited menjaga kebajikan semua kaum di negara ini baik untuk memastikan tidak ada yang tersisih termasuk kaum India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sempena meraikan kegembiraan menyambut Deepavali, orang ramai diseru menyemai semangat Keluarga Malaysia agar perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus kukuh.

“Konsep Keluarga Malaysia memberi fokus kepada nilai kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran, yang merupakan benih mencambahkan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.

“Nilai-nilai murni ini turut ditekankan dalam setiap agama dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya demi keharmonian, kemakmuran dan kemajuan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, perayaan Deepavali tahun ini juga disambut lebih meriah dalam suasana norma baharu hasil kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang membolehkan rakyat menikmati kelonggaran di sektor ekonomi dan sosial.

“Kejayaan PICK membolehkan rakyat menikmati kelonggaran secara berperingkat setelah tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1 peratus sehingga semalam.

“Kerjasama erat semua pihak, termasuk antara kerajaan dan rakyat juga telah memungkinkan perhimpunan seperti ini diadakan. Justeru itu, syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kerajaan untuk memulihkan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI