fbpx

Jerman berpesta ledak sembilan gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN berjaya meraih kemenangan besar dengan sembilan gol ketika menewaskan Liechtenstein biarpun sudah mengesahkan tempat di Qatar. – AFP

WOLFSBURG – Biarpun sudah mengesahkan tempat ke pusi­ngan akhir Piala Dunia 2022, Jerman nyata belum mengendurkan prestasinya di kempen kelayakan apabila membelasah Liechtenstein 9-0.

Gol-gol Jerman dijaringkan oleh Ilkay Gundogan, Marco Reus, Ridle Baku, Leroy Sane dan Tho­mas Muller serta dua gol sendiri pemain lawan, Daniel Kaufmann dan Maximilian Goppel.

Layangan kad merah yang diterima pemain Liechtenstein, Jens Hofer seawal minit kesembilan memudahkan tugas skuad kendalian Hansi Flick itu untuk mengatur gerak dan merobek gawang pasukan lawannya.

Biarpun Flick berdepan kesukaran sebelum perlawanan berlangsung ekoran beberapa pemainnya terpaksa diketepikan akibat dijangkiti Covid-19, namun kelibat Muller dan Sane tetap mencuri perhatian apabila ma­sing-masing meledak dua gol.

Sejak mengambil alih tugas membimbing skuad Die Mannschaft, Flick berjaya memacu Jerman meraih kemenangan dalam semua enam per­lawanan kelayakan, namun belum bertemu pasukan yang memiliki kekuatan seimbang.

Bagaimanapun, Muller menjelaskan seluruh pemain dalam pasukan tersebut begitu bermotivasi di bawah kendalian Flick serta sentiasa turun dengan mentaliti kemenangan.

“Kami sentiasa meletakkan sesuatu dalam perspektif yang lebih baik walaupun kami belum bertemu lawan yang benar-benar sukar.

“Aksi di laman sendiri kali ini benar-benar hebat dan kami sentiasa mahukan gol seterus­nya. Dalam perlawanan ini, kami boleh bercakap tentang harmoni. Peluang lebih baik hadir selepas seorang pemain Liechtenstein terima kad merah,” kata Muller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI