fbpx

Ini Didi & Friends, Aquaria KLCC ke? – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ grafik yang digunakan sebagai latar belakang persembahan ABPBH pada malam ini menjadi bahan usikan netizen.

PETALING JAYA – Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) malam ini mendapat pelbagai respons daripada netizen.

Penonton yang tidak dapat hadir menyaksikan acara tersebut secara fizikal gara-gara Covid-19 hanya berpeluang menyaksikan siaran langsung menerusi platform media sosial rasmi TV3.

Pun begitu, ramai yang meluahkan rasa kurang puas hati dengan sistem audio acara berprestij tersebut kerana siaran adakalanya terganggu selain capaian internet yang beberapa kali tersekat-sekat.

Lebih mengecewakan, netizen turut mempersoalkan tahap grafik yang diguna pakai dalam acara tersebut.

Paling mendapat perhatian adalah visual grafik yang menjadi latar belakang persembahan penyanyi Fauziah Latif dan Wani Kayrie.

“Ini Didi & Friends ke? #ABPBH34,” komen seorang netizen lain.

Sementara itu, persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut dikritik netizen kerana grafik yang digunakan TV3 jauh lari daripada konsep persembahan.

Latar belakang yang digunakan menunjukkan grafik seperti di dalam sebuah akuarium selain terdapat seekor ikan paus besar berwarna hitam, terumbu karang dan ketam.

“Kasihan Syamel. Nyanyi sedap-sedap tapi kesan 3D hina ala-ala menyanyi dalam Aquaria,” komen seorang pengguna Twitter.

“Menyelam sambil minum air (X), menyelam sambil menyanyi (✓),” tulis seorang lagi netizen berbaur sarkastik.

Selain sistem audio dan grafik, netizen turut menegur kesalahan sama yang berulang-ulang dilakukan setiap kali penganjuran ABPBH berlangsung iaitu kemahiran jurukamera yang bertugas pada malam ini.

Netizen mendakwa, sudut yang dirakam jurukamera tidak memfokuskan kepada artis yang berada di atas pentas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI