fbpx

Harga ayam dijangka turun selepas sempadan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kiri) menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada salah seorang pemandu teksi di Stesen Teksi Tok Janggut, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Harga ayam proses dijangka turun apabila kemasukan bahan mentah berjalan lancar selepas sempadan beberapa negara pengeluar dibuka tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kebanyakan penternak ayam di negara ini bergantung kepada bahan mentah iaitu bijian jagung yang dihasilkan dari negara luar.

Menurutnya, ekoran sempadan negara masih ditutup, kemasukan bahan mentah dan pengangkutan sukar untuk masuk membawa barangan keperlua

n untuk ayam-ayam yang diternak.

“Kita jangkakan harga ayam akan turun apabila kemasukan bahan mentah berjalan lancar selepas sempadan negara pengeluar turut dibuka tidak lama lagi.

“Kerajaan meneliti perkembangan ini dan telah mengambil langkah drastik. Kita minta pengusaha dan penternak ayam terus bertahan untuk memasti bekalan makanan ayam mencukupi bagi keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin kepada 70 pemandu teksi di Stesen Teksi Tok Janggut di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI