fbpx

Gerrard tidak patut tinggalkan Rangers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD memilih untuk meninggalkan Rangers yang mengangkat namanya sebagai pengurus selepas mendapat tawaran daripada Villa. – AFP

GLASGOW – Keputusan Steven Gerrard menerima tawaran daripada Aston Villa pastinya menggembirakan pihak pengurusan dan para peminat pasukan itu yang berharap prestasi mereka akan kembali melonjak selepas ini.

Bagaimanapun, bekas penyerang Celtic, John Hartson mempunyai pandangan berbeza apabila menganggap bekas pengurus Rangers itu telah membuat kesilapan dalam karier kejurulatihannya kerana memilih Villa untuk kembali ke England.

Menurutnya, Rangers adalah sebuah kelab yang mempunyai segala-galanya termasuk kejayaan dan kegemilangan berbanding Villa selain mereka juga memiliki kekuatan penyokong yang luar biasa.

“Ada yang mengatakan bahawa Villa lebih besar berbanding Rangers. Hakikatnya, Villa adalah sebahagian kecil sahaja daripada sejarah dan kegemilangan Rangers.

“Ia bukan penghinaan. Benar Aston Villa pernah memenangi kejuaraan Eropah sebelum ini tetapi Rangers dan Celtic adalah kelab yang lebih besar. Saya tidak akan memilih kelab lain jika sudah berada di Rangers atau Celtic,” katanya.

Dalam pada itu, Hartson percaya Rangers mempunyai hak untuk rasa kecewa dan marah dengan keputusan yang dibuat oleh Gerrard meninggalkan pasukan itu ketika ini.

“Saya berpendapat bahawa beliau sepatutnya kekal di Ran­gers. Saya tidak menuduhnya sebagai seorang yang tidak bermoral dan berintergriti, Gerrard adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai sikap itu.

“Cuma, saya fikir dalam situa­si ini beliau telah menggadaikan kesetiaan yang mana itu adalah sikapnya yang terkenal ketika menjadi pemain. Dia sepatutnya menghargai jasa Rangers yang pernah memberinya peluang sebelum ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI