fbpx

Aktiviti perniagaan, projek rintis tingkatkan status koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, hari ini.

PETALING JAYA – Inisiatif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyokong penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan projek rintis banyak meningkatkan status koperasi khususnya dalam bidang yang diceburi.

Presiden Angkasa merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha menjana kecemerlangan sektor perniagaan koperasi Malaysia di persada antarabangsa banyak mencipta sejarah sepanjang 50 tahun penubuhannya sebagai badan apeks gerakan koperasi di negara ini.

“Kehebatan Angkasa dalam menjalankan tugas dan peranannya telah terbukti melalui usaha berterusan dalam memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan pembangunan koperasi tanpa mengetepikan tanggungjawab anggota.

“Sinergi ini dapat dilihat menerusi pengiktirafan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) terhadap kepimpinan tertinggi Angkasa dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa (MAPA) di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Fattah berkata, potensi peluang rantaian perniagaan yang memberangsangkan memberi peluang kepada koperasi untuk turut serta bagi membolehkan koperasi bertaraf mikro kekal aktif menjalankan aktiviti perniagaan dan diharap akan berubah status kepada koperasi bertaraf kecil, sederhana dan makro.

“Projek Pemerkasaan Koperasi atau Co-operative Empowerment Project (CEP) di bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik Angkasa membuka peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi berskala tinggi bagi membolehkan gerakan koperasi berkembang ke arah mencapai sasaran perolehan gerakan koperasi di Malaysia sebanyak RM60 bilion pada 2030.

“Anggota koperasi perlu sedar bahawa peranan koperasi kini dilihat mampu menjadi salah satu kaedah terbaik dalam menjalankan perniagaan. Koperasi juga perlu bersedia memainkan peranan ini dengan mempersiapkan diri dengan minda, kemahiran keusahawanan dan sumber modal dalam projek CEP yang diteraju Angkasa untuk memenuhi kehendak pasaran domestik dan antarabangsa,” ujarnya.

Terdahulu, mesyuarat yang disertai oleh 1,940 perwakilan secara dalam talian itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Ibrahim Kasah; wakil Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Dr. Salmah Ishak dan wakil Kementerian Kewangan (MoF), Suzana Alias. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI