fbpx

Agong titah pandangan, keperluan rakyat dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar setiap pandangan rakyat sewajarnya dihargai dan keperluan mereka dipenuhi.

Baginda bertitah, inisiatif Keluar Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini amat menarik perhatian baginda.

Titah baginda, semangat Keluarga Malaysia itu boleh membawa kepada penyatuan dalam sebuah negara yang wujud beraneka kepelbagaian.

“Justeru, pelaksanaan semua program di bawah dasar Keluarga Malaysia hendaklah diteliti, diperhalusi dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Pandangan serta cadangan rakyat beta juga hendaklah diterima oleh agensi pelaksana dengan hati yang terbuka dan jiwa yang besar,” titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berangkat ke istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.

Dalam pada itu, baginda juga bertitah agar kerajaan terus meneroka strategi baharu yang berinovatif dan merangka bidang pertumbuhan baharu bagi mencapai matlamat pembangunan lestari.

“Negara terus mencatatkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang semakin baik. Perkembangan ekonomi negara sebanyak 7.1 peratus pada separuh pertama tahun ini menunjukkan negara berada pada landasan yang betul dalam fasa pemulihan ekonomi.

“Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara tahun lalu yang diterbitkan baru-baru ini telah melaporkan beberapa isu kerugian kepada kerajaan. Justeru, kerajaan perlu segera merangka strategi untuk menangani perkara tersebut agar ia tidak berulang lagi,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI