fbpx

Mangsa maut dirempuh van pernah kongsi mahu pergi ‘jauh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alisha Safiya

SEPANG – “Arwah pernah berkongsi mahu pergi jauh meninggalkan keluarga,” kata Mahani Hamid, 68, nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd. Azlin, 7, kanak-kanak perempuan yang maut dirempuh van sekolah, tengah hari semalam.

Mahani berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah itu menjadi petanda bahawa arwah akan pergi meninggalkannya sekeluarga.

“Saya dimaklumkan oleh menantu bahawa arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi hari ini.

Katanya, arwah bersama keluarga sempat pulang ke rumahnya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang pada minggu lalu.

Menurutnya, ketika itu, semua lima anaknya bersama cucu berkumpul di kampung sambil menziarah suaminya, Saad Hashim, 70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

“Ketika di kampung, Nur Alisha Safiya cukup ceria sedangkan dia seorang yang pemalu serta pendiam sebelum ini.

“Malah, pada malam pertama di kampung, arwah tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupu-sepupunya.

“Saya perasan ketika mahu pulang, arwah memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI