fbpx

104,517 permohonan diterima JPN di bawah program MEKAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin (dua kanan) menyerahkan MyKad kepada anak perempuan Sehah sambil diperhati Sehah (dua kiri) di kediaman mereka, di Bukit Chandan, di sini, hari ini. FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

KUALA KANGSAR- Sebanyak 104,517 permohonan urusan kad pengenalan, sijil kelahiran dan kematian diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar)
sejak 2017.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, program berkenaan telah mencapai matlamatnya dalam membantu golongan sasaran.

Menurut beliau, ia bukan sahaja memberi tumpuan membantu individu yang tinggal di kawasan pedalaman malah juga mereka yang tidak berkeupayaan seperti sakit terlantar untuk hadir ke pejabat JPN berhampiran.

“Sejak 2017 sehingga kini kita telah melaksanakan sebanyak 4,116 program Mekar seluruh negara merangkumi urusan permohonan dan gantian kad pengenalan, sijil kelahiran serta kematian.

“Melalui program ini warga JPN turun padang bertemu pelanggan yang memerlukan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Mekar dan Penyerahan Kad Pengenalan (MyKad) di Bukit Chandan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI