fbpx

Tiga laluan Jalan Sumpitan ditutup akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan tanah runtuh di Jalan Sumpitan-Ijok yang ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

IPOH – Tiga laluan melalui Jalan Sumpitan untuk ke Ijok dan Pengkalan Hulu ditutup kepada kenderaan berat berikutan kejadian tanah runtuh kelmarin disebabkan hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bermula kelmarin.

Menurut kenyataan itu, Jalan A021 Kubu Gajah – Sumpitan di kilometer (km) 24.50 di Larut Matang Selama ditutup berikutan kejadian tebing runtuh.

“Turut ditutup Jalan A006 Jalan Sumpitan- Ijok (km 0.00-km 6.80) dan Jalan A071 Jalan Sumpitan-Padang Gerus (km 2.82) di daerah Hulu Perak,” ujar kenyataan tersebut.

Berikutan penutupan laluan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif melalui Kuala Kangsar untuk ke destinasi masing-masing.

Sementara itu, Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (Intap) memberitahu, kejadian tanah runtuh di Jalan Sumpitan-Ijok akibat hujan lebat pada Selasa lalu.

Menurut kenyataan itu, kejadian ini hanya 30km dari kejadian yang sama di Kubu Gajah.

“Keadaan semasa kini agak membimbangkan dan laluan tersebut telah ditutup sepenuhnya memandangkan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih cerun masih sedang dijalankan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI