fbpx

Tahanan berpakaian wanita elak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan di pantai Kampung Gusi, Papar di Sabah petang tadi.

PAPAR – Seorang lelaki warga asing yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar pada Rabu lalu akhirnya dapat dicekup selepas tiga hari hidup ‘bebas’.

Suspek yang berusia 35 tahun berjaya dicekup pada pukul 3.15 petang tadi di Pantai Kampung Gusi di sini .

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, ketika ditemui, lelaki yang berasal dari Filipina itu berpakaian wanita dipercayai cuba meloloskan diri dari daerah ini.

“Setakat ini 10 individu sudah diberkas manakala empat lagi masih bebas dan usaha memburu mereka sedang diteruskan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini.

“Operasi diteruskan dengan kerjasama Jabatan Imigresen (JIM), Pasukan Gerakan Udara, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Polis Marin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Batholomew memberitahu, empat suspek yang masih bebas dikenali sebagai Nadzwin Usman, Herman Bilau, Husin Japar dan Pertama Lapanji berusia 24 hingga 43 tahun.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, seramai 14 tahanan melarikan diri dari DTI Papar pada pukul 3.30 pagi. Mereka merosakkan siling tandas sebelum memotong jeriji pagar pusat tahanan terbabit. Tujuh daripada mereka ditahan semula pada hari sama manakala dua ditahan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI