fbpx

Sita kontena ubat gigi tidak sah RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat gigi tidak sah yang dirampas dalam serbuan di Pelabuhan Utara, dekat sini semalam.

KLANG – Cubaan menyeludup ubat gigi tidak sah bernilai RM35,000 menggunakan sebuah kontena dari China gagal apabila disita pihak berkuasa di Pelabuhan Utara di sini, semalam.

Perkara itu dihidu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Selangor dan  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menjalankan serbuan ke atas kontena dari Pelabuhan Ningbo.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil sebuah jenama ubat gigi terkemuka mengenai pelanggaran cap dagang.

Katanya, kerjasama strategik kemudian segera digerakkan dengan JKDM untuk tindakan pemeriksaan secara menyeluruh.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 50 kotak mengandungi 72 ubat gigi jenama terlibat berada dalam kontena berkenaan.

“Jenama itu disyaki menyerupai dengan suatu cap dagangan berdaftar atau sah yang dimiliki oleh sebuah syarikat terkenal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan pihaknya turut mendapati kemungkinan berlaku kesilapan ejaan melibatkan cap dagangan asal tersebut.

“Kontena berkenaan didapati dimuatkan atau membawa sejumlah barangan yang disyaki melakukan pelanggaran cap dagangan.

“Kesemua ubat gigi yang tiba di pelabuhan berkenaan pada 2 November lalu itu dianggarkan bernilai RM35,000 dan disita untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI