fbpx

Selepas jam tangan RM1 juta, skarf Siti pula curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza dilihat menggayakan skarf mencecah harga ribuan ringgit.

PETALING JAYA – Selepas jam tangan mewah bernilai lebih RM1 juta, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dilihat menggayakan skarf mencecah harga ribuan ringgit sehelai.

Skarf daripada jenama fesyen mewah Christian Dior berona merah gelap itu digayakan Siti ketika hadir membuat persembahan di sebuah program hiburan, malam tadi.

Hasil ‘siasatan’ yang dibuat dalam laman web rasmi Christian Dior Malaysia mendapati, harga sehelai skarf yang digayakan pelantun lagu Purnama Merindu itu adalah berharga sekitar RM2,800 sehelai.

Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti kelihatan cantik apabila menggayakan skarf tersebut bersama padanan busana berona senada rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Skarf daripada koleksi Dior Oblique Diortwin yang dihiasi motif eksklusif Christian Dior itu diperbuat daripada 100 peratus sutera yang ditenun.

Beberapa keping foto yang dikongsikan penyanyi berusia 42 tahun itu dalam Instagram miliknya turut mendapat perhatian peminat apabila rata-rata memuji penampilannya yang dikatakan semakin cantik dan anggun.

“Oh my Dior. Cantiknya,” kata seorang peminatnya.

“Cantiknya Tok Ti, tak pernah tak cantik,” puji seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Terdahulu, nama Siti menjadi bahan bualan netizen apabila dia dilihat memakai jam tangan jenama Richard Mille bernilai lebih RM1 juta selain membeli sebuah beg jenama mewah dengan harga RM20,000 hanya untuk melengkapkan imej ketika menghadiri acara Minggu fesyen Kuala Lumpur 2021, baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI