fbpx

Program Affiliate bantu golongan B40 jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Baituljannah.com membuka peluang kepada semua golongan terutamanya suri rumah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan sambil menguruskan keluarga menerusi program Affiliate.

Pengarah Urusan Baituljannah Sdn. Bhd., Dr. Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata, melalui program ini individu yang mendaftar berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga empat angka sekali gus membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Wan Hasifi Amin

Menurutnya, pendaftaran bagi program ini adalah percuma dan semua individu yang berdaftar akan menjadi ejen seterusnya mereka akan menerima URL beserta ID masing-masing.

Tambahnya, ejen hanya perlu kongsikan di media sosial serta mengajak rakan-rakan yang sedang mencari jodoh untuk mendaftar di Baituljannah.

“Sejak program dilancarkan pada November 2019 sehingga Oktober 2021 seramai 4,603 individu telah menyertainya dan menjadikannya sebagai sumber sampingan untuk perbelanjaan keluarga.

“Bagi suri rumah, ia mampu membantu ekonomi tanpa menjejaskan tanggungjawab mengurus keluarga dan anak-anak,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Hasifi Amin berkata, para graduan yang masih belum berkerja serta pempengaruh media sosial (social media influencer) juga digalakkan menyertai program ini.

Berdasarkan rekod katanya, terdapat ejen-ejen yang mampu meraih RM200 sehari dan pendapatan bulanan yang tinggi.

“Peluang ini harus dimanfaatkan sebaiknya dan kecanggihan teknologi ini juga mampu menambah pendapatan keluarga walaupun hanya duduk di rumah.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://baituljannah.com/affiliateprogram dan maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang berkenaan,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI