fbpx

Pesta ‘bah’ bermula di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan orang ramai berkenaan suasana banjir di Kelantan hari ini.

PETALING JAYA – Pesta banjir atau dipanggil bah di Pantai Timur nampaknya kini bermula apabila banyak kawasan sudah mula dinaiki air.

Tinjaun di media sosial terutamanya laman Facebook dan Instagram mendapati sudah ada orang ramai yang mula berkongsi keseronokan apabila tiba musim tengkujuh ini.

Rata-rata ada yang berkongsi video dan gambar di kawasan masing-masing terutamanya di Kota Bharu, Kelantan yang sudah dinaiki air setelah hujan lebat beberapa hari berturut-turut.

Laman IG Kelantan turut berkongsi beberapa klip video yang menyaksikan sekelompok masyarakat di negeri tersebut sudah mula berpesta bah.

“Dah tiga hari Kelantan hujan tak berhenti. Air sudah mula naik di sekitar Kota Bharu, Wakaf Bharu dan kawasan sekitar.

“Ikan darat dah ada ke belum? Kalau tak ada dapat ubi kayu pun dah okey, musim banjir ni laku barang-barang macam tu,” jelas Ibnu Sulaiman.

“Jangan seronok sangat, doakan air tidak naik tinggi seperti 2014 dulu. Harapnya tiada apa-apa yang buruk berlaku.

“Musim Covid-19 ni susah juga kalau malapetaka lain yang datang. Sama-sama kita doa agar semuanya selamat,” jelas Azman Hamat pula. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI