fbpx

Pemilik ladang ayam kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) semasa melakukan tinjauan di sebuah ladang ternakan ayam itu.

BAGAN SERAI – Lebih 1,000 penduduk di tiga kawasan penempatan di Gunung Semanggol di sini hidup dalam keadaan tidak selesa disebabkan gangguan lalat.

kampung yang terlibat adalah Kampung Balik Bukit, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya di Jalan Transkrian-Kamunting.

Gangguan serangga itu dikatakan berlaku pada waktu malam menyebabkan penduduk sukar untuk melelapkan mata.

Keluhan penduduk itu bagaimanapun mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Peladangan, Pertanian dan Industri Bekalan Makanan negeri, Razman Zakaria apabila melakukan tinjauan ke salah sebuah ladang ternakan di kawasan itu bersama pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

Menurut Razman, pihaknya mendapati pengusaha ladang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Terdapat 16 kandang ayam di ladang ternakan ini yang mampu memuatkan kira-kira 80,000 ekor ayam pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, pemiliknya gagal menyelenggara reban ayam menyebabkan masalah bau busuk serta serangan lalat di kediaman berdekatan,” ujarnya.

Katanya, pemilik ladang dikompaun RM2,000 di bawah Enakmen Peladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga menepati peraturan yang ditetapkan JPV. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI